Friday 29 June 2012

sushi..oh ..sushi





salam....amboi2..semenjak dua menjak ni alyya layan sushi mcm makan nasi pulak...pantang nampak sushi ...tak pe layan je selagi boleh makan..dah jemu nanti auto stop.....tapi tengok tak jemu2 pun.....:)

makaroni bakar lalala.....

salam..........ini dia makaroni bakar....resepi ni dapat dari teman di My Resipi....(minta izin copy paste dan cuba ye) ...makaroni bakar ni buat khas untuk bekalan anak-anak balik ke hostel hujung minggu lalu..tapi saya derhaka tak ikut resepi asal...memandai ubah..hehe....jom tengok....





bahan -bahannya :)

200 g makaroni, rebus hingga lembut, toskan dan digaul dengan sedikit minyak (saya guna sesudu butter)
300 g udang hidup, diberihkan (saya guna isi ketam)
1 tangkai cili merah, dihiris (x letak cili)
1 tangkai cili hijau , dihiris (cili hijauc pun x letak)
50 g cendawan butang dihiris nipis
100 g parutan keju cheddar (saya guna keju kraf singles 5 keping potong2)
1/2 cawan potongan daun kucai ( x letak)

bahan kastard :)

5 biji telur
200 ml susu cair
2 camca besar metega cair
2 camca teh tepung gandum
1 camca teh gula
1 camca teh garam
1 camca teh serbuk lada sulah

cara-caranya :)

1- dalam bekas besar satukan semua bahan kecuali bahan2 untuk kastard , gaul rata dan ketepikan

2- dalam bekas lain satukan bahan2 untuk kastard dan kacau rata gunakan wisk.

3-satukan kastad ke dalam bekas no.1..gaul rata dan isi kan ke dalam loyang pembakar yang disapu dengan mentega ..bakar 20 minit pada suhu 180c, hidangkan bersama sos cili...... :)

addicted minuman dari timur tengah..




salam.....wahhhh borong air ni.....pada sesiapa yang mengidap kencing manis jauhkan lah diri anda dari minuman di atas..rasanya sungguh-sungguh manissss tahap potong kaki ..hehehe

Thursday 28 June 2012


salam....lama tak bersiaran...sampaikan berhabuk blog ni...kemalasan melanda....hehe...apa pun ari ni ringan tangan pulak nak masak ..ni dia sambal udang petai...pada yang hendak mencuba silalah...:)

bahan-bahannya :)

20 ekor udang (buang kulit)
2 papan petai (kopek dan ambil isi)
5 biji bawang merah*
3 biji bawang putih*
3 sudu besar cili giling
3 sudu air asam jawa
sedikit belacan
sedikit garam
sedikit gula
sedikit perasa
sedikit minyak untuk menumis
bawang besar potong
tumbuk bahan bertanda*

cara-caranya...

1- masukakan minyak ke dalam kuali..biarkan panas dan masukkan bahan yang ditumbuk..tumiskan hingga naik bau dan kekuningan...masukkan belacan..tumis lagi..masukan cili giling masak hingga naik minyak dan cili betul-betul masak..pastikan api perlahan...

2- kemudian masukkan air asam jawa..tumis sebentar ..kemudian masukkan petai gaulkan . dan udang ...masak sebentar ..perasakan dengan gula garam dan perasa...akhir sekali taburkan bawang besar yang di potong bulat...

3- gaulkan dan angkat serta hidangkan.......

Thursday 9 February 2012

mee hoon goreng lada putih......




Assalamualaikum....
Selamat pagi.......pagi yang hening...kedengaran burung berkicau..maklumlah duk kampung jadi macam-macam bunyi boleh dengar pagi-pagi ni......pagi ni ter rajin pulak goreng mee hoon... mee hon goreng lada putih......pada yang nak cuba boleh la copy paste resepi kat bawah ni.... :-)

Bahan-bahannya   :)
sebungkus mee hon  - rendam dalam air dan toskan
*bawang besar 2 biji
*bawang putih 4 biji
1 sudu lada putih (ditumbuk)
5 ekor udang sederhana besar
1 sudu besar sos tiram
kicap pekat manis
sedikit garam & gula
secawan air

utk hiasan :)
setangkai cili merah (dipotong)
telur di goreng tanpa minyak (guling dan potong)
sedikit daun sup

cara-caranya.....

1- tumiskan bahan yg bertanda * sehingga naik bau ...masukkan serbuk lada putih...masukan udang..tumis lagi..
2- masukkan air ...sos tiram ..kicap ...biarkan mendidih ...perasakan lagi dgn garam dan gula..
3- akhir sekali masukan mee hon ..gaul hingga mee hon lembut dan masak
4- angkat, hiaskan dan boleh dihidangkan untuk sarapan pagi...





Saturday 4 February 2012

Salam maulidur rasul 2012...



“Sesiapa yang berselawat sekali ke atasku, nescaya Allah akan berselawat 10 kali ke atasnya..”
Selamat menyambut maulidur rasul 1433/2012…….


Friday 3 February 2012

En. siakap bako..bako...


siakap bakar sambal........cuti cny ade urusan di Kuala Terengganu..kalau dah turun KT tak sah kalau tak ke pasar payang... ..g la ronda2 sampai la  gerai jual rempah..... terjumpa perencah ikan bakar ni , apalagi belilah...Perencah Ikan Bakar Aqila...rasanya sedap....

mudah je cara sajiannya....ikan dibelah atau dikelar  masukan perencah lalu dibungkus dengan daun pisang dan aluminium foil kemudian dibakar dengan kuali atau overn untuk lebih sedap tambah daun kesum dan bunga kantan sebelum dibakar......

selamat mencubaaa...................... :-)

Thursday 2 February 2012

Panduan cara makan ikut sunnah Nabi SAW

Nabi SAW bersabda " Barang siapa yang mengikut sunnahku bererti dia cinta pada ku dan barang siapa yang cinta pada ku , maka akan masuk syurga bersama ku"

Sebenarnya banyak sekali kebaikan jika kita mengamalkan sunnah. Ulamak kata pada setiap amalan sunnah itu ada keberkatan. Siapa amal sunnah dia akan mendapat 2 keuntungan ...

1- Pahala yang berlipat ganda
2- Keberkatan

Saya nak kongsikan antara sunnah-sunnah makan . Bolehlah kita sama-sama amalkan ....

Cara duduk
seperti duduk tahiyat awal tapi lutut kanan dinaikan . Posisi  duduknya ialah peha/lutut kanan dinaikan manakala kita duduk pada bahagian kaki kiri.

Sebenrnya cara duduk begini banyak kebaikannya. Posisi ini dapat memberikan keselesaan pada perut dan ia menjaga keseimbangan komposisi ruang dalam perut kepada 3 bahagian . Iaitu 1/3 ruang adalah untuk makanan, 1/3 untuk udara dan 1/3 lagi untuk air.

Makan menggunakan tangan
Bukan guna sudu/garfu, , tetapi guna tangan kanan., ada kajian membuktikan bahawa pada tangan / jari kita ada enzim yang 10 kali ganda lebih banyak dari enzim yang ada dalam air liur, enzim ini berguna untuk mencernakan makanan.

Makan dengan menggunakan 3 jari
Ada orang kata , macammana nak makan dengan 3 jari saja, susah la.. kalau nak makan nasi, nabi dulu tak per.. la.., baginda  banyak makan roti dan buah-buah kurma saja...Hmmmm, tentang itu "no comment', pada saya kalau nak amalkan tak susah mana. Orang-orang cina pun diaorang makan guna chopstick jer..2 batang kayu jer guna..OK apa, so macammana boleh kata susah untuk makan guna 3  jari?
Saya sarankan kepada mereka yang nak mula amal sunnah ini, guna 3 jari pada suapan pertama dulu, lepas tu bolehla makan macam biasa.

Baca doa
Apabila nampak makanan, disunatkan baca doa "Allahumma baariklana....."

Basuh kedua belah tangan dan juga berkumur-kumur
Sebelum makan disunnahkan untuk basuh kedua belah tangan dan juga berkumur-kumur, ada bayak kelebihan bagi mereka yang mengamalkan perbuatan membasuh tangan dan berkumur ini.

Baca doa "Bismillahiwa'ala barokatilla"
Sebelum menyuapkan makanan ke dalam mulut sila baca doa "Bismillahiwa'ala barokatillah"

Menjilat-jilat jari
Lepas makan kita disunnahkan untuk menjilati jari-jari kita yang digunakan untuk menyuap makanan tadi. Hikmah pada perbuatan ini, kandungan enzim pada tangan / jari kita tadi akan cepat bercampur dengan makanan dan seterusnya memudahkan proses pencernaan.

Makan dalam satu dulang yang sama secara berjemaah
Sebenarnya cara ini akan meningkatkan rasa sayang sesama kita, kalau suami isteri boleh amalkan makan dalam satu dulang, InsyaAllah kemesraan akan lebih dapat dirasai dan kita akan jadi lebih saling faham memahami dan saling bertolak ansur, amalkan makan satu dulang ini juga dapat mengelakkan sebarang pembaziran.

Makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang
Yang ini macam senang nak amal, tapi sebenarnya susah gak nak amal, biasanya kita makan ikut nafsu, selagi tak kenyang selagi itulah kita makan...saya tak cakap pada orang lain..saya cakap kat diri saya sendiri......

moga kita sama-sama dapat amal.....

Wednesday 1 February 2012

My milo........meowwwwww....

 bodyguard saya ......

Spaghetti....oh.... spaghetti....




Assalamualikum........tetiba ari ni nak makan en.spaghett pulak..... mudah saje guna instant sos spaghetti kimball mushroom.....tapi apa2 pun kene kretif  guna sos instant ni.....tambah la apa2 yg patut utk mnyedapkan lagi.......

 BAHAN-BAHANNYA ... :-)

Sebungkus spaghetti
350g kimball sos spaghetti
Daging cincang 
1 tin pati tomato
1 tin cendawan butang - dipotong
2 ulas bawang besar- dadu
3 ulas bawang putih- cincang
garam 
gula
2sudu besar butter
1 cawan air
CARA-CARANYA :...  :-)

1.Rebus spaghetti dlm air yg mendidih, letak kan sesudu butter dan sedikit garam, rebus hingga lembut.
2.Cairkan sesudu butter yang selebihnya, tumiskan bawang putih dan bawang besar hingga kekuningan
3.Masukkan daging cincang tumis sebentar, kemudian cendawan yang telah dipotong,pati tomato,sos   spaghetti dan air
4.Masak hingga mendidih, matikan api dan tuangkan ke atas spaghetti yang telah direbus tadi, hidangkan....


 

Keburukan makanan islam mengikut teori barat


"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil."

Antara “barangan buatan” yahudi(mereka) yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.

1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam. tetapi sebenarnya Nabi Muhammad saw tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman.

Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sebab hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. Jadi kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut .

2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi Muhamad saw selain susu dan madu.  mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi di tangan mereka.


3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan kegemaran Nabi Muhamad saw.  Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.

5. Mereka ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat, contohnya coke dan maggi. Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi).

6. Untuk pengetahuan, mereka   ni jugak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. Selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sebab dalam soya ada hormon estrogen yang sama dengan estrogen kat wanita. Pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.

Secara kesimpulan mereka  i ni bukan setakat melemahkan kita dari segi lain namun secara pemakanan kita jua.

Firman Allah:

Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan, kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. Al-Quran Surah Al-Baqarah Ayat 168


Firman Allah:

Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik dan bertakwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman. Al-Quran Surah Al-Maidah Ayat 88


Firman Allah:

Oleh itu, makanlah (wahai orang-orang yang beriman) dari apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda yang halal lagi baik, dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembahNya semata-mata. Al-Quran Surah An-Nahli Ayat 114


~ sumber : sahabat maya.

moral : ada benarnya, kita makan apa yang kebanyakkannya yang telah diwar-warkan oleh iklan, kita makan sebab kita dengar 'yang baik-baik' tentang makanan tersebut melalui buku dan televisyen. Betullah, siapa nak makan benda yang tidak baik.

Tapi kita lama terlupa, yang sebaik-baik makanan ialah yang disunnahkan oleh Baginda Rasulullah saw, adap dan cara makan pun sudah di beri. Tapi kita terkhilaf, maklumlah, kita didunia serba pantas. tak sempat lagi nak buka kitab, nak ikut kitab. yang sempat.. bedal ajelah labu...

Bermain dengan fondant.....

Antara aktivi lain yang saya buat.....cupcake & kek...ada juga menerima tempahan dari sahabat,sanak saudara dan kenalan .......anda juga boleh melihat hasil kerja tangan saya atau untuk cuci-cuci mata   dengan melayari.....http://pinkybite.blogspot.com/.....enjoy ;-)


.....baby figurine utk birthday cake....




ni baru badan je .....nak kongsi bersama resepi  fondant yang saya dapat dari wendy BS Bakery.....kalau nak copy paste pun tak pe....akak izin kan...:-)

alamak sori resepi ilang la....cari tak jumpa pulak...bila jumpa saya akan post utk kongsi bersama anda...guna redymade fondant..." fonda frost" yang penting ade logo halal lagi........


taraaaaaaa.....



dah siap dah........baby figurine ............


Monday 16 January 2012

assalamualaikum....

saya mama elis..........menjadikan masakan sebagai hobi dan ingin berkongsi resepi, petua dan pengalaman hidup dengan anda semua.......
CUKA dan SUSU diambil dari makanan kesukaan nabi kita..Nabi Muhammad SAW.....
Cuka – Makanan yang Rasulullah S.A.W. suka makan bersama minyak zaitun (ianya kini menjadi menu di restoran elit di Itali)
Susu -Rasulullah s.a.w meminum susu,malahan baginda memujinya kerana susu memiliki manfaat yang sangat besar dan tidak dapat disamakan dengan minuman atau makanan lainnya.


Disini juga saya kongsikan bersama anda semua tentang 12 makanan kegemaran Nabi kita, Nabi Muhammad S.A .W. yang sememangnya berkhasiat dan amat sesuai untuk diamalkan. Jelas sekali Nabi S.A.W juga turut menjaga kesihatan tubuh badan dengan mengamalkan pengambilan makanan yang berkhasiat.






Kurma

Rasulullah S.A.W. bersabda, "Barangsiapa di dalam rumahnya tiada tamar(kurma), rumahnya seperti tiada makanan", ia juga baik dimakan ketika mengandung.





Air
Rasulullah S.A.W. bersabda, "Minuman terbaik di dunia ialah air, apabila kamu rasa dahaga minum ia dengan menghirup dan bukan dengan meneguk, meneguk boleh menyebabkan kesakitan pada paru-paru".






Anggur
Rasulullah S.A.W. sangat gemar akan anggur. Ia membersihkan darah, membekalkan tenaga dan kesihatan, menguatkan buah pinggang, dan mencuci usus.




Barli

Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam.










Buah Tinn
Fin kering adalah yang terbaik. Di antara khasiatnya ialah untuk memanaskan badan dan rasanya enak. Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Jika anda kata ada buah datang dari syurga maka itulah fin kerana sebenarnya inilah buah syurga". Oleh itu makanlah buah fin kerana khasiatnya menyembuhkan penyakit buasir dan pirai.







Cendawan
Rasulullah S.A.W. bersabda bahawa cendawan ialah ubat yang baik untuk mata; ia juga bertindak sebagai kawalan kelahiran dan menahan daripada lumpuh. 







Cuka
Rumah yang menyimpan cuka tak akan menderita dari kemiskinan" - Diriwayatkan oleh Ummu, Tarmizi, Baihaqi
"Cuka adalah kemudahan bagi manusia" Diriwayatkan oleh Muslim
"Allah telah meletakkan berkat dalam cuka, ia digunakan oleh para nabi sebelum aku", diriwayatkan oleh Aisyah, Muslim dan Ibnu Maja
Nabi Muhammad (saw) suka kepada cuka.
Jabir menceritakan, "Suatu hari Rasulullah memperlawa saya ke rumahnya. Dia dihidangkan roti. Dia bertanya: 'Adakah apa-apa sos perasa?" Mereka menjawab "Tidak, hanya ada cuka." Nabi berkata, 'Cuka adalah sos yang baik. "
Jabir pernah berkata, "Aku menyukai cuka sejak aku mendengarnya daripada Nabi Allah".
Naf'a berkata, "Aku menyukai cuka sejak aku mendengarnya daripada Jabir."
[Muslim, Abu Dawud, Nasa'i]









Delima
Rasulullah S.A.W. bersabda bahawa ia membersihkan kamu daripada gangguan jahat syaitan selama 40 hari.





 
Madu lebah(a'sl)
Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit. Sabda Nabi s.a.w., "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya." Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter).






 
Zaitun
Rasulullah bersabda: “ Minumlah minyak zaitun dan gunakanlah ia sebagai minyak rambut kerana minyak zaitun berasal dari pohon yang diberkati ” Minyak zaitun boleh juga mengatasi racun, melapangkan perut, mengeluarkan cacing, menghaluskan kulit dan melambatkan pertumbuhan uban dan merendahkan kandungan kolestrol dalam badan.









Susu
Rasulullah S.A.W. bersabda bahawa susu menghilangkan haba daripada hati sama seperti jari menghilangkan peluh di kening. Ia menguatkan tulang belakang, mencerdaskan otak, memperbaiki penglihatan, dan menjauhkan daripada nyanyuk.






Semua Jenis Tembikai 
Rasulullah S.A.W. bersabda, "Tiada seorangpun wanita yang mengandung  dan memakan tembikai akan gagal menghasilkan zuriat yang baik wajahnya dan baik juga kelakuannya".