Monday 16 January 2012

assalamualaikum....

saya mama elis..........menjadikan masakan sebagai hobi dan ingin berkongsi resepi, petua dan pengalaman hidup dengan anda semua.......
CUKA dan SUSU diambil dari makanan kesukaan nabi kita..Nabi Muhammad SAW.....
Cuka – Makanan yang Rasulullah S.A.W. suka makan bersama minyak zaitun (ianya kini menjadi menu di restoran elit di Itali)
Susu -Rasulullah s.a.w meminum susu,malahan baginda memujinya kerana susu memiliki manfaat yang sangat besar dan tidak dapat disamakan dengan minuman atau makanan lainnya.


Disini juga saya kongsikan bersama anda semua tentang 12 makanan kegemaran Nabi kita, Nabi Muhammad S.A .W. yang sememangnya berkhasiat dan amat sesuai untuk diamalkan. Jelas sekali Nabi S.A.W juga turut menjaga kesihatan tubuh badan dengan mengamalkan pengambilan makanan yang berkhasiat.






Kurma

Rasulullah S.A.W. bersabda, "Barangsiapa di dalam rumahnya tiada tamar(kurma), rumahnya seperti tiada makanan", ia juga baik dimakan ketika mengandung.





Air
Rasulullah S.A.W. bersabda, "Minuman terbaik di dunia ialah air, apabila kamu rasa dahaga minum ia dengan menghirup dan bukan dengan meneguk, meneguk boleh menyebabkan kesakitan pada paru-paru".






Anggur
Rasulullah S.A.W. sangat gemar akan anggur. Ia membersihkan darah, membekalkan tenaga dan kesihatan, menguatkan buah pinggang, dan mencuci usus.




Barli

Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam.










Buah Tinn
Fin kering adalah yang terbaik. Di antara khasiatnya ialah untuk memanaskan badan dan rasanya enak. Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Jika anda kata ada buah datang dari syurga maka itulah fin kerana sebenarnya inilah buah syurga". Oleh itu makanlah buah fin kerana khasiatnya menyembuhkan penyakit buasir dan pirai.







Cendawan
Rasulullah S.A.W. bersabda bahawa cendawan ialah ubat yang baik untuk mata; ia juga bertindak sebagai kawalan kelahiran dan menahan daripada lumpuh. 







Cuka
Rumah yang menyimpan cuka tak akan menderita dari kemiskinan" - Diriwayatkan oleh Ummu, Tarmizi, Baihaqi
"Cuka adalah kemudahan bagi manusia" Diriwayatkan oleh Muslim
"Allah telah meletakkan berkat dalam cuka, ia digunakan oleh para nabi sebelum aku", diriwayatkan oleh Aisyah, Muslim dan Ibnu Maja
Nabi Muhammad (saw) suka kepada cuka.
Jabir menceritakan, "Suatu hari Rasulullah memperlawa saya ke rumahnya. Dia dihidangkan roti. Dia bertanya: 'Adakah apa-apa sos perasa?" Mereka menjawab "Tidak, hanya ada cuka." Nabi berkata, 'Cuka adalah sos yang baik. "
Jabir pernah berkata, "Aku menyukai cuka sejak aku mendengarnya daripada Nabi Allah".
Naf'a berkata, "Aku menyukai cuka sejak aku mendengarnya daripada Jabir."
[Muslim, Abu Dawud, Nasa'i]









Delima
Rasulullah S.A.W. bersabda bahawa ia membersihkan kamu daripada gangguan jahat syaitan selama 40 hari.





 
Madu lebah(a'sl)
Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit. Sabda Nabi s.a.w., "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya." Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter).






 
Zaitun
Rasulullah bersabda: “ Minumlah minyak zaitun dan gunakanlah ia sebagai minyak rambut kerana minyak zaitun berasal dari pohon yang diberkati ” Minyak zaitun boleh juga mengatasi racun, melapangkan perut, mengeluarkan cacing, menghaluskan kulit dan melambatkan pertumbuhan uban dan merendahkan kandungan kolestrol dalam badan.









Susu
Rasulullah S.A.W. bersabda bahawa susu menghilangkan haba daripada hati sama seperti jari menghilangkan peluh di kening. Ia menguatkan tulang belakang, mencerdaskan otak, memperbaiki penglihatan, dan menjauhkan daripada nyanyuk.






Semua Jenis Tembikai 
Rasulullah S.A.W. bersabda, "Tiada seorangpun wanita yang mengandung  dan memakan tembikai akan gagal menghasilkan zuriat yang baik wajahnya dan baik juga kelakuannya".